Tuesday, January 12, 2010

Tumbesaran >> Tubuh anda >> Memahami remaja

Memahami Remaja

Adakah saya seorang remaja?

Ya, jika anda :
Berumur di antara 10 hingga 19 tahun.
Zaman remaja merupakan "tempoh peralihan" dari alam kanak-kanak ke alam dewasa.

Mengapa tubuh saya mengalami perubahan?
Hormon bertanggungjawab terhadap perubahan tubuh semasa remaja.

Apakah perubahan fizikal yang saya alami?

1. LELAKI

a) Tumbesaran badan ( Tubuh kita membesar dan ia berlaku dengan pantas )

  • Bermula pada umur 12-13 tahun
  • Memuncak pada umur 14 tahun
  • Berhenti membesar pada umur 18 tahun
  • Purata ketinggian adalah 10.5 sentimeter setahun
  • Purata ketinggian yang dicapai adalah 28 sentimeter
  • Dipengaruhi oleh hormon lelaki iaitu androgen


b) Perubahan bentuk badan

  • Bahu berotot dan sasa
  • Peningkatan stamina dan kekuatan

c) Pertumbuhan bulu badan

  • Ketiak
  • Kawasan kemaluan
  • Misai dan janggut

d) Lain-lain

  • Kulit semakin kasar dan berminyak
  • Jerawat mungkin tumbuh

2. PEREMPUAN

a) Tumbesaran badan ( Tubuh kita membesar dan ia berlaku dengan pantas )

  • Bermula pada umur 10 - 11 tahun
  • Memuncak pada umur 12 atau 13 tahun
  • Berhenti membesar pada umur 17 atau 18 tahun
  • Purata halaju ketinggian adalah 9 sentimeter setahun
  • Purata ketinggian yang dicapai adalah 25 sentimeter
  • Dipengaruhi oleh hormon perempuan iaitu estrogen

b) Perubahan bentuk badan

  • Bentuk payudara, paha dan punggung semakinmembesar dan menonjol

c) Pertumbuhan bulu badan

  • Ketiak
  • Kawasan kemaluan

d) Lain-lain

  • Kulit semakin lembut dan berminyak
  • Jerawat mungkin tumbuh

No comments:

Post a Comment