Perubahan Tingkahlaku >> Merokok >> Akibat Merokok
Akibat Merokok
Bagaimana merokok mendatangkan kesan ke atas tubuh badan anda?
- Mempunyai kedua-dua kesan jangka pendek dan jangka panjang
- Bahan-bahan kimia yang dibebaskan daripada rokok boleh merosakkan beberapa organ dalam tubuh badan kita
Apakah kesan-kesan jangka pendek?
Otak- Pembebasan gas karbon monoksida dan pengurangan oksigen menyebabkan otak
tidak dapat berfungsi dengan sepenuhnya
Telinga- Mengurangkan kadar pengaliran darah boleh menyebabkan pekak
Mata- Mata berair, radang mata yang boleh mengganggu daya penglihatan
Mulut- Mengalami deria rasa yang tidak sedap pada bibir,lidah dan tekak- Nafas berbau dan
mendapat jangkitan mulut- Gigi menjadi kuning
Hidung- Mengurangkan deria bau
Kulit- Mengurangkan suhu badan, kulit muka cepat berkedut
Paru-paru- Kesukaran untuk bernafas dan mengurangkan tenaga untuk bersukan
Apakah kesan-kesan jangka panjang?
- Barah (cth. paru-paru, payudara, mulut, tekak, dan usus)
- Penyakit Jantung
- Angin Ahmar / Strok
- Penyakit paru-paru (cth. Penyakit lelah, bronkitis)
- Penyakit mulut dan gusi
- Ulser (perut, peptic)
- Osteoporosis
- Kemandulan (tidak boleh hamil)
- Kurang bernafsu dalam perhubungan seks
- Mati pucuk
Bagus ya maklumat yang disampaikan....
ReplyDelete