Saturday, January 16, 2010


CANTIK

Saya paling suka menari pelbagai jenis tarian.....Anda bagaimana?...salah satu tarian yang saya suka adalah BELLY DANCE

Tarian gelek senaman legakan tekanan


Selain membentuk otot perut dan pinggul, gerakan tarian juga mampu membakar lemak

MELIHAT liuk tubuh barisan wanita yang menyertai bengkel Belly Dance bersama Daphne Ikin di mYoga, The Gardens Mid Valley baru-baru ini memang menyeronokkan. Gerakan bertenaga dengan iringan muzik padang pasir dan sesekali diselangi lagu dendangan Shakira menimbulkan perasaan seronok untuk turut sama menghayun tubuh untuk menari gelek.

Malah, gerakan tarian gelek adalah cara mudah dan paling menyeronokkan untuk mengajak wanita bersenam. Tanpa sedar, waktu sejam berdansa bersama sekumpulan rakan bukan hanya membakar lebihan lemak pada pinggul dan paha malah turut membantu melegakan tekanan.

Belly Dance atau tarian gelek adalah sejenis tarian Arab yang mula diperkenalkan di Timur Tengah. Namun kini tarian gelek turut berkembang hingga ke Eropah juga Taiwan dan antara senaman tarian untuk kecergasan tubuh.

Di Timur Tengah, tarian gelek masih dipersembahkan sama ada lelaki atau wanita sewaktu majlis keraian seperti perkahwinan atau pesta suka ria.

Pengajar tarian gelek mYoga, Alex Chin berkata, kelebihan tarian gelek adalah untuk keharmonian sistem tubuh malah kajian dijalankan mendapati tarian itu juga sebenarnya bentuk senaman paling baik untuk sistem kardio.

“Gerakan yang dilakukan ketika menari membabitkan semua anggota iaitu dari lengan, bahu, dada, perut, pinggul dan paha. Jika gerakan dilakukan secara menyeluruh selama sejam setiap sesi, ia dapat membantu menambahkan fleksibiliti dan kekuatan otot.

“Bagaimanapun, ramai wanita yang bersenam takut jika regim yang dilakukan menyebabkan otot mengeras sehingga menukar bentuk badan menjadi ahli bina badan tapi tarian gelek tidak begitu malah saya jamin, selepas menjalani sesi tarian gelek, wanita pasti berasa lebih tenang dan yakin dengan badan mereka,” katanya.

Rahsia tarian gelek adalah pada pergerakan di bahagian dada, perut dan pinggul yang penuh seni. Alex berkata, gerakan tarian gelek tidak boleh dibuat secara melulu bagi mengelakkan kecederaan.

“Sebelum memulakan latihan, perlu dilakukan gelekan pinggul dalam gerakan nombor lapan kemudian barulah mereka boleh memahirkan diri dengan teknik ‘two lift and two down’ juga menggunakan pinggul sebelum dapat mengawal gerakan gelekan.

“Kebaikan tarian gelek selain membentuk otot perut, ia juga boleh membantu membentuk pinggul idaman, melindungi organ dalaman selain membakar lebihan lemak yang berkumpul di bahagian perut,” katanya.

Pelengkap tarian gelek tentunya pakaiannya yang berwarna terang bersama sehelai tali pinggang yang dipenuhi juraian manik dan duit syiling. Ada juga yang mengenakan set lengkap yang digelar ‘bedlah’ bermaksud seragam.

“Sebenarnya untuk bersenam, seseorang perlu memakai pakaian selesa dan sesuai tapi mereka digalakkan memakai ikatan skaf berjurai syiling pada pinggang sebagai fokus gerakan pinggang,” katanya.

INFO:

Tarian gelek dipanggil ‘oryantal dans’ di dalam bahasa Turki merujuk kepada tarian Timur. Di Amerika Syarikat pula ia dikenali sebagai tarian Timur Tengah manakala di Hong Kong, tarian gelek dipanggil ‘shimpoli carmi’ yang bermaksud tarian matahari.

3 comments:

  1. ni blog knselor ke blog ape ni?
    nk promosi tarian ke???

    ReplyDelete
  2. belly dance salah satu tarian y bole mlegakan ketegangan n masalah..ade kaitan ngan blog kaunselor syg yang mana mnurut kajian ia mampu mnangani stress..ini mnurut knyataan akhbar...entahla aku pun tk ingat aku ambik kt ne...ko punye blog cantik..pada masa y sma ..mmg nk promosi tarian..hihi

    ReplyDelete
  3. bgus...
    pelbagaikan cerita agar lebih menarik

    ReplyDelete